Backlink dengan Komen


Share on Facebook

Hari ni Dayat nak share sikit info mengenai backlink. Boleh dikatakan semakin banyak backlink semakin tinggi page rank ( lebih-lebih lagi kalau dapat backlink dari blog yang page rank lebih tinggi ).

Kita boleh dapat backlink dari sebuah Blog atau Website hanya dengan meninggalkan komen sahaja. Itu pun jika blog atau web tersebut mengamalkan “dofollow”. Tapi ingat jangan tinggalkan komen bersifat SPAM.

Macam mana kita nak tahu blog/web tersebut mengamalkan “dofollow”? Dayat baru tahu benda ni. Bagi pengguna firefox, boleh dapatkan plugin untuk mengesan link yang “dofollow” atau “nofollow”. Boleh download plugin disini. Boleh baca artikel tu sekali kalau nak tahu lebih lanjut mengenai “dofollow”.

Bagi pengguna wordpress dan blogger boleh mengubah ruangan komen kepada “dofollow” untuk menambah minat lagi kepada pembaca untuk meninggalkan komen. Bagi pengguna wordpress boleh download plugin atau buat secara manual. Klik sini untuk mengetahui cara “dofollow” pada ruangan komen bagi pengguna wordpress.

Sekarang Dayat nak ajar pengguna Blogger untuk membuat ruangan komen blog mengamalkan “dofollow” supaya pembaca lebih berminat untuk tinggalkan komen.

Mula-mula sekali login ke dashboard Blogger dan klik Design > Edit HTML. Kemudian tick pada kotak Expand Widget Templates. Gunakan applikasi Find pada browser ( CTRL + F ) dan cari word nofollow. Selepas itu delete semua code rel=’nofollow’ yang ada pada code template tersebut. Bagi template yang biasa selalunya ada dalam (3) code rel=’nofollow’ yang kena delete. Kemudian klik preview dahulu sebelum klik save template.

Sekarang kita lihat perbezaannya. Ini link pada komen sebelum “dofollow”

(dapat lihat link bagi pengomen di hightlight merah oleh plugin yang kita download tadi)

Ini bermakna blog ini tidak mengamalkan “dofollow” link kita pada komen blog ini tidak akan dikira sebagai backlink.

Sekarang kita lihat apa yang terjadi selepas “dofollow”

(highlight merah pada link pengomen sudah tiada dan link kita pada ruangan komen blog ini dikira sebagai backlink)

Note : Untuk melihat effect hightlight merah jangan lupa download dulu plugin untuk mengesan link “dofollow” atau “nofollow” yang dayat sebut diatas.

Dah paham kegunaan “dofollow” ni? Kalau tak tahu boleh tanya Dayat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

34 Responses to “Backlink dengan Komen”

  1. ProfHariz says:

    Alhamdullilah Wp saya mengamalkan dofollow..
    ehehehe
    lagipun wp memang ada kan?

  2. Mama Murai says:

    tahniah dayat.. sebenarnya dofollow adalah hadiah kpd pengomen kita.. kalau rajin mengomen… url web si pemberi komen pun akan trt terindeks.. tapi jgn terlalu tertumpu kpd backlink dofollow blog… sebab kombinasi diantara dofollow + nofollow juga adalah faktor penentu dalam menaikkan ranking kita

  3. nabilah says:

    dah buat macam tu kat blog…nanti rajin2 la komen..hehe

  4. follow memfollow di antara cara menaikkan semangat orang memberi komen.

  5. mira_nas says:

    apa beza dofollow and commentluv? ada beza???

    • Mama Murai says:

      sama tapi bila blog masih nofollow, commentluv tetap tak dapat bagi backlink kepada pengomen.. lagipun commentluv ada agenda lain, biasalah kan brg free, mesti ada pengerasnya.. kalau nak tahu tgk dalam API commentluv :)

  6. dark_half says:

    aku penah baca pasal pasal dofollow ni tp masa tu aku x faham sgt. penerangan dari dayat jelas, so thnx bro!

    aku dah dofollow…dan dr pembacaan tambahan kt blog syafrizal tadi, dofollow berguna utk naikkan ranking

  7. ponda_malam says:

    Terima kasih coz kogsi informasi ni…baru tau sekarang ni…biasa tau BW je…heheh

  8. rashid says:

    Hehe…dah lame tak mengomen secara pukal…tapi my blog dofollow ma…hehe

  9. amat says:

    aku nak cuba…hehehe

  10. iza says:

    Salam…

    Aku dah pernah kaji ttg do follow ni…terus aku tukar ke dofollow tp bila aku bandingkan kebaikan dan keburukan antara do follow dan no follow, aku tukar semula ke no follow.
    Nak tau lebih lanjut, cuba baca kat sini

    http://azilas.blogspot.com/2010/06/no-follow-vs-do-follow.html

    Tapi kelebihan pada blog dot com dan yg sewaktu dgnnya sebab tetap ada backlink, rasanya la….

  11. Ayie says:

    kalau blog kita nofollow.. download jer plugin nya.. wp sentiasa ada plugin yang terbaik…. wahahahaha…

    kencang betul ek traffik ko.. alexa pun terbaik tu… grrrr…
    aku akan kejar alexa ko… :D

  12. mr khamsani says:

    Kdg2 bila ada dofollow, keikhlasan orang nk komen tu susah nak jamin sikit, tapi kalau trafik yang orang cari,nampak gaya camtu lah. hehe

  13. mr khamsani says:

    nasib baik dayat bgtau banyak spam, terfikir dua tiga kali jugak nk install dofollow plugin ke tak. thanks

  14. Ishak says:

    good info here bro. terus dah implement tips ni. jemputlah dtg komen kat my blog :)

Leave a Reply