Dah Daftar Sebagai Pengundi ?


Share on Facebook

Mengundi

Sehari selepas tarikh kemerdekaan negara yang ke-53 merupakan detik dimana lesen tamat tempoh. Sebelum disaman pakcik Polis atau JPJ baik Dayat pergi renew dulu. Maka tercongok la muka Dayat dekat pejabat POS Selama menunggu giliran nak renew lesen.

Tengah sesak menunggu suara awek cute memanggil nombor giliran Dayat ada la curi-curi dengar perbualan orang veteran belakang Dayat ni. Perbualan mereka lebih kepada kekesalan mereka pada generasi muda sekarang.

Alih-alih salah seorang dari veteran tu mengatakan “ berapa kerat ja orang muda yang dah daftar pengundi ? kalau ada yang daftar pun ramai ke yang keluar mengundi nanti? ”. Tersentap Dayat mendengar kata pakcik tu.

Mana tak tersentapnya, Dayat sekarang dah 22 tahun. Tapi tak daftar lagi sebagai pengundi. Bila difikirkan balik betul juga apa yang pakcik tu kata. Mengikut pengetahuan Dayat, ramai lagi kawan-kawan dayat yang boleh mengundi tapi belum lagi daftar. Tak kan nak tunggu sampai “ last minutes “ kot.

Tersentap dan malu mendengar perbualan pakcik-pakcik tersebut terus dayat mendaftar sebagai pengundi disamping renew lesen yang sudah tamat tempoh. Ingatkan susah la sangat nak mendaftar, rupanya bagi je kad pengenalan dekat kaunter pejabat pos tu.

SPR

Bila semak balik status daftar pemilih dekat web SPR tak ada dalam senarai lagi :( . Mungkin belum update.

Note : Siapa yang belum daftar sebagai pengundi/pemilih baik cepat la pergi daftar. Mengundi tu kan tanggung jawab kita.

You can leave a response, or trackback from your own site.

21 Responses to “Dah Daftar Sebagai Pengundi ?”

  1. rashid says:

    Dah…dah daftar time belajar kat U…sekarang ni siap nak bagi duit lagi…masing-masing dengan pegangan sendiri, tak nak daftar la, itu la, lantaklah, nanati dapat kerajaan yang tak bagus korang juga sakit…

  2. sudah ms blaja..tggu memangkah jeh…

  3. Abd Karim MJ says:

    Uih dah 3 kali merasa memangkah weiii… tapi best pangkah nie rasa “BESAR” sbb goverment tu kita yang pilih….

  4. Yiedpozi says:

    Yied x leh pi mengundi sebab Yied budak lagik…

  5. ninjabiker says:

    sudah 3 kali memangkah..saya follow blog ni

    jemput follow blog saya :)

    ninjabiker.blogspot.com

  6. cakap pasal mendaftar nilah aku bermasalah skit, umur nak masuk 26 dah. masih belum mendaftar sebagai pengundi. haha

  7. MASA says:

    kalau dah daftar tu pilihla yang terbaik, jangan pilih yang banyak rasuah.

  8. hanisaleeya says:

    belum cukup umur.. ada lagi 360 hari kene tunggu baru boleh daftar…

  9. hanisaleeya says:

    belum cukup umur lg.. ada lagi 360 hari kene tunggu baru boleh daftar…

  10. Dedoku says:

    da daftar 2 tahun lepas kat pejabat pos :)
    dah jadi tanggungjawab kita kat negara. Sila daftar demi
    kepentingan bersama.

  11. akustatik says:

    dh dftr jgk tp lom update lg kat website spr..huhu

Leave a Reply